Bahagianya

3.jpg2.jpg1.jpg

 

 

Semalam 2 April 2008 merupakan satu tarikh keramat yang cukup memberi erti buat kami sekeluarga.

Anak pertama buat pasangan Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee dan Nor Asmawati binti Yusop. Juga merupakan cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga.

1) Mohammad Ruslee & Habibah

2) Yusop & Azizah

KRONOLOGI

– 1 pagi 2 April isteri aku mula rasa sakit nak bersalin.

-2.30 pagi masih sakit lagi. Terus ke Hospital Tengku Ampuan Jamaah Sabak Bernam.

– 3.10 pagi isteri aku pon masuk wad. Kat dalam aku xtau apa dah jadi.

– 4.30 pagi aku mintak izin kat nursenak masuk tengok bini aku tapi dia tak bagi. Aku pun terus balik ke rumah.

-7.15 pagi isteri aku call kata dah nak masuk labour room. Aku terus memecut ke hospital.

-8.00 pagi masih x bersalin lagi.

-9.00 pagi belum bersalin lagi.

-1000 pagi tak bersalin jugak

-1100 pagi aku dipanggil masuk untuk tengok

-1120 pagi aku disuruh keluar sebab byi belum keluar lagi

-1200 tgh hari aku tido tapi xbersalin jugak

-1220 tgh hari aku jumpa nurse. nurse kata isteri aku dah selamat bersalin pukul 1211 tgh hari alhamdulillah tapi hampehlah nurse ni..kata nak panggil aku masuk balik.

-200 petang baru aku dapat nengok bini ngan anak aku. Alhamdulillah semuanya selamat.

-1100 pagi 3 April bini aku kuar spital

Alhamdulillah..Semuanya selamat..

Comments (1) »

Salam…

Dah beberapa hari aku tak tulis dalam blog ni. Ada 2 sebab kenapa aku xtulis.

1) Kerana aku sibuk nunggu bilalah anak aku nak kluar ni. Takutnya. Ya Allah selamatkanlah anak dan isteriku Ya Allah..

2) Khamis dengan Jumaat minggu lepas aku terlalu sibuk. Aku terpilih menjadi hakim untuk Karnival BAKAT Peringkat Daerah Sabak Bernam dalam acara Tahfiz untuk bahagian tajwid.

Debaran makin memuncak. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan lancar. Amin. 

Leave a comment »

Adoi

Salam.

Hari ni kereta aku meragam. Drive Sharp rosak. Dah macam bawak motorbot plak. Bunyinya ngalahkan bunyi rantai beskal yang dah seploh tahun tak dibubuh minyak gris. Pergi 1 kedai Cina nak tukar bendalah tuh sampai RM260. Aku pon blah. Carik kedai lain. Hampir sebahagian Sungai Besar aku pusing. Last2 terserampak satu kedai tu. Cina jugak. Dia kata RM98 + RM28 ( upah ). Aku pon set jerlah. Bukan senang nak jumpa barang murah. Dia pon bukak tayar kereta aku. Rupanya aku kene kelentong. RM98 tuh sebelah jerk. Kalau nak sebatang RM270. Siot je Cina ni. Aku nampak dia kejap besar kejap kecik kejap besar kejap kecik. Tapi xberani nak sound. Sebab tempat dia. Last-last buat jugaklah. Tukar sebelah jerk. Tambah tu ini kene sampai RM200. Sumpah aku tak jejak kedai tuh lagi. Aku sumpah kedai tuh bankrup 18 keturunan. Sumpah kau wahai tokey kedai yang ***********.

Pastu aku rasa tayar aku sudah botak dalam. Pergi tukar. Habis RM160. Adoi…. Apolah…..

Pastu bila on the way bawak bini nak balik aku terserempat satu kedai advertising. Timbul plak niat nak buat bendalah ni.

Iezatie Selamanya

Comments (1) »

Bilalah Nak Kluar Ni?

Doakan Kami Ya!!!

Assalamualaikum.. Berjumpa lagi.

Hari ni 25 Mac adalah merupakan salah satu dari hari-hari yang amat aku tunggu. Menurut nujum yang mungkin boleh dipercayai bahawa hari ini isteri aku akan melahirkan anak kami yang pertama. Tetapi sehingga jam 10.28 ( artikel ini ditulis ) masih belum wujud tanda-tanda yang memungkinkan isteri aku akan bersalin. Mungkin belum sampai masanya.

Ada 2 tarikh lagi yang mungkin akan menjadi sejarah buat kami. 28 Mac dan final 3 April. Seandainya 3 April nanti isteri aku masih belum bersalin maka dia terpaksa dimasukkan ke dalam wad.

Pastinya kami sekeluarga tidak sabar menanti tarikh yang dijangkakan. Mudah-mudahan semuanya akan selamat InsyaAllah. Doakan kami ya! 🙂

Leave a comment »

Online Shopping

Salam.

Berbicara mengenai membeli belah di dalam talian ( online shopping ) bukanlah suatu benda yang asing bagi diri aku. Antara tempat melepak dan cuci mata dalam talian yang paling aku minat ialah http://lelong.com.my dan http://ebay.com.my Banyak barang yang telah pon aku beli melalui dalam talian antaranya jam, minyak wangi dan sauna belt.

Dah 3 jenis jam yang dah aku beli. Yang paling selalu aku beli ialah Rolex Grade AAA Replica dan G Shock. Ada sekali aku hadiahkan isteri aku jam jenama Longines. Biasanya jam yang aku beli aku akan jual semula. Jual pada orang berminat. Tak ambil untung pon. Harga bidaan ( bid ) campur bayaran pos. Sebenarnya aku suka membeli tapi xsuka pakai. Susah juga ada hobi macam aku ni. Boleh dikatakan online shopping dah pon jadi satu trend masa kini. Cuma sebelum kita beli tuh kita kene ada rasa percaya. Tapi kalau korang beli melalui dua laman web yang aku sebut tadi, insyaAllah semuanya boleh dipercayai. Kualiti pon boleh gerenti. Yang penting kene baca betul-betul terms & conditions dia. Supaya korang tak susah nanti.

Muka Depan

Satu lagi laman web yang aku cadangkan buat korang yang gila buku untuk singgah ialah http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/ Hari Jumaat lepas aku ada tengok satu buku lalu aku pon order. Buku tu tajuknya Bila Cinta Bertasbih 2 Edisi Indonesia. Last-last semalam bila aku balik rumah tengok dalam peti surat buku yang dinanti-nanti dah pon sampai. Wah terujanya aku. Dahlah buku dibalut elok lepastu cepat pulak sampai. Johor ke Selangor jauh jugak tu. Apa pon aku cadangkan kat korang belilah buku kat pondok buku tu. Banyak buku yang ada. Tak rugi pon.

Kita lupakan sebentar mengenai online shopping. Hari ni aku ada kursus. Bertalu-talu kursus aku. Dah 2 minggu tak masuk sekolah. Kesian anak murid aku. Awal bulan 4 dah ujian prestasi kedua. Tapi ngajar tak gerak-gerak lagi. Camnolah hai.

Leave a comment »

Alhamdulillah Selesai MRI

Mesin MRI

Assalamualaikum..

Pagi tadi aku pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani MRI di bahagian otak. Takut pon ada seram pon ada. Macam-macam perkara berlegar di kepala.

Bila sampai di HKL aku terus menuju ke MRI daftar dan tunggu. Temujanji pukul 8.00 tapi sampai 8.30 pagi. Biasalah jalan jam. Bila sampai je ada sorang pesakit dah tunggu. Sorilah bro. Aku terlambat. Hehehe.

Kemudian nama aku dipanggil. Doktor suruh buka baju dan seluar. Pakai baju pesakit je Seksilah pulak. Nampak aurat aku dan terus aku masuk ke bilik suram. Wah macam ni rupanya mesin MRI ni. Takut plak aku. Doktor suruh baring dan aku disorong masuk ke dalam ‘gua’ sempit. Ngam-ngam badan. Hehehe. Nasib dia scan kepala ajer. Bila dah ada dalam ‘gua’ tu macam-macam aku pikir. Pasal bini pasal anak pasal keluarga. Tapi ak teruskan berzikir. Bukankah dengan mengingati Allah itu hatikan menjadi tenang. Alhamdulillah akhirnya selesai juga selepas sejam suku aku dalam tong tu. Terkejut jugak. Rasa macam kejap tapi dah sejam suku.

Mudah-mudahan Allah akan menyembuhkan penyakitku. 

Kepada pelawat blog ni, aku mohon jasa baik korang untuk doakan kesihatan aku. Mana tau antara korang yang makbul doanya. Aku sentiasa mendoakan orang yang mendoakan aku agar korang semua berada dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah. 

Leave a comment »

Demam Akademi Fantasia Sudah Bermula

Demam AF6 Sudah Bermula
Assalamualaikum..

Demam AF sudah bermula. 14 peserta sudah menunjukkan bakat mereka. Seorang peserta juga telah tersingkir. Pastinya setiap keluarga akan bersama-sama berkumpul  di ruang tamu untuk memberi sokongan kepada peserta yang mereka minati. Sama ada mereka berbakat atau pun tidak semuanya tolak ketepi. Asalkan muka hensem dan lawa semua boleh jadi. Maklumlah jari menjadi juri. Terpulang pada diri. Lu pikirlah sendiri.

Leave a comment »

Assalamualaikum…

Salam bicara buat semua..

 Selamat datang ke lobam’s wordpress..

 InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk selalu mengupdatekannya..

Leave a comment »

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Comments (1) »